Salam Sejahtera. Terasa kekok pula nak menulis setelah sekian lama menyepi......bukannya kekeringan idea tetapi terkejar2 dengan pelbagai urusan sehingga sedar dah sedar sudah hampir setahun aku tidak berkongsi cerita.
Dalam masa setahun ini banyak pengajaran yang aku belajar.Tentang kehidupan dan alam ini. Semuanya terlalu sulit untuk ditafsirkan.
Teringat masa percutian ke Krabi....menyusuri Maya Bay yang di sebut-sebut orang dalam cerita "the Beach" lakonan hero kegilaan remaja suatu masa dulu.
Inilah pemandangan dari May Bay ni.Memang menakjubkan.Masa dalam perjalanan menuju ke lagun ini, semua pelancong memang tak sabar untuk merasai kedamaian berada di pinggiran pantai ini.
Tak sangka ..airnya dalam juga ya bila sampai ke tepi pantai.Anak-anakku apa lagi pantang nampak air yang kehijauan..masing masing dah ready nak berendam...ikan-ikan berenang seolah-olah meraikan kehadiran kami...chewah....macam berpuisi pulak aku ni....
Jom-jom posing dulu sebelum kami semua berendam. Cuaca amat cerah. Siapa yang agak-agak menjaga kecantikan tu..sediakanlah apa-apa yang patut ya..topi, sun block, plastik kalau ada yang mabuk laut tu..sebab gelombangnya boleh tahan..yang bawak kamera & handphone tu sediakanlah plastik kalis air ...
En. Hubby dengan penuh gaya...........
Umi yang steady
Entah bilalah nak datang lagi...so kami tak lepas peluang berposing
Snorkling, berendam, berjalan-jalan dan berendam lagi....jangan takut ya..di sini tak ada binatang berbisa
Yiem ke mana saja pergi..mesti bawa alat-alat peralatan yang mencukupi...main sampai tak mahu balik.
Meneroka keindahan Maya Bay
Kakak sudah keletihan
Giliran Umi dan Abah pulak mengabadikan kenangan.....
Indahnya alam ciptaan Ilahi
Rasa macam jadi mak duyung pulak..
Dua heroku yang paling enjoy
Pulau ini juga pernah dilanda tsunami
Berjalan-jalan menikmati pemandangan di pulau
Secebis kenangan yang akan sentiasa terpahat diingatan..jika diizinkanNya....rasanya mahu menjejakkan kaki ke sini lagi. Insya-Allah..
Wassalam...