09 October 2013

Apa ada pada angka?

Posted by Neeza Rvell at 9:57 AM 0 comments

10th October 2013



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Cepat sungguh masa berlalu.Hari ini sudah masuk hari ke sepuluh bulan October 2013 bersamaan 4 Dzulhijjah. Itu juga bermakna umurku juga sudah mencecah 39 tahun 3 bulan 17 hari.Macam tak percaya....

Aku baru saja kehilangan seorang sahabat, satu sekolah, tapi berlainan kelas kerana telah pergi meninggalkan alam fana ini untuk menemui Tuhan Yang Esa. Al Fatihah untuk arwah sahabatku, Azlita. Sesungguhnya sebagai manusia kita tidak ada kuasa untuk menentukan hidup dan mati kita...itu semua rahsia Allah s.w.t.

Aku memanjatkan kesyukuran kerana masih menikmati alam indah ciptaan Ilahi. Sepanjang tahun ini banyak kejadian-kejadian di sekeliling telah mematangkan fikiranku dan membuatkan aku bertafakur sejenak.


Terima kasih Sang Suami dan Anak-anak yang mengisi ruang hidupku. Merekalah cinta hatiku. Walaupun ulangtahunku cuma disambut bertiga saja memandangkan kakak dan shakir berada di asrama, aku baik-baik  saja kerana itulah satu dari fasa kehidupan yang harus ditempuh dan aku akur dengan perjalanan yang ditentukan oleh Tuhan dan tidak pernah bersedih.


Biasalah kalau tiba hari ulangtahun....akan ada kad, hadiah, candle light dinner dari hubby..yang biasa-biasa saja dan sudah pasti call dan wish happy birthday dari kakak dan shakir.....sebenarnya rutin-rutin ni dah aku pupuk sejak dari muda, sampai kahwin dan ada anak. Dapatlah juga menambah eratkan hubungan kekeluargaan.





Eeeh..dapat juga surprise present dari Ucu and Kek dari Ucu....Thanks Ucu...sementara dia bujang ni..besok dia dah kahwin...tentu dah tak de masa dah nak beli present-present ni...mesti lepas ni dapat wish aje..oklah jugak tu...ada jugak orang nak wish...



Terima kasih juga pada bos dan team members kat office. Inilah team members yang sporting. Senang bagi kerjasama pasal kerja.




Walaupun usiaku bakal mencecah usia "midi" tahun depan, aku akan pastikan hati aku akan sentiasa muda belia....




Ini the real team members yang  backup kerja aku semasa cuti, atau mc atau time emergency. Thanks a lot.


Aku pernah mendengar orang berkata apabila usia semakin meningkat, fikiran akan menjadi matang...tetapi pada pendapat aku fikiran yang matang bukan bergantung pada usia sebab aku  melihat ada juga sesetengah orang yang makin teruk dan tak keruan perangainya apabila umur semakin meningkat. Bak kata orang tak sedar "kubur kata mari" "rumah kata pergi".

Ilmu duniawi dan akhirat perlu seimbang, walau seusia mana  pun kita  jika tahu menimbangkan semua perkara dengan fikiran yang waras dan rasional., soal umur bukan lagi harus dipersoalkan.
Usia hanyalah penambahan satu angka!!!!!!!!!

Selamat malam semua....
 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez