10 December 2013

THE NIGHT OF FAIRY TALES

Posted by Neeza Rvell at 1:39 AM 0 comments

10/12/2013


Bertemu kembali di ruangan penaku ini. Masih lagi bercuti sakit membuatkan aku sedikit tidak keruan.Walaupun masih sakit tapi terasa lagi sakit dibuatnya kalau tidak ada aktiviti untuk dilakukan.

Banyak cerita yang ingin dikongsi tapi tangan masih lagi sakit dan kebas-kebas.Tapi kalau menaip masih dikira ok berbanding mengangkat barang-barang berat. Cuma sekejap-kejap terasa lenguh.

Tahun ni majikan aku meraikan ulangtahun ke 100. Hebatkan bunyinya. Staff di raikan dengan berbagai-bagai acara.Baguslah begitu.Tapi yang pastinya...bonus untuk tahun ni sudah pasti tidak sekencang tahun-tahun yang lepas kerana sudah banyak budget dikeluarkan.

Aku dan teman-teman sekerja di pejabat juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai RHB Dinner 2013 yang di adakan di  Palace of the Golden Horses pada 24/11/2013.

Bertemakan " THE NIGHT OF FAIRY TALES", kami semuapun melaramlahseadanya.Maklumlah bukan senang nak mencecah 100 tahun ni.Rugi pulak kalau ditolak undangan yang free ini.



Dah penat berkerja, inilah masanya nak bergembira pula. kalau asyik bekerja saje pun bosan jugak jadinya. Sekali sekala bergembira dengan teman-teman sepejabat dengan kostium masing-masing memang menyeronokkan.

                         Ini dia witch yang vogue...



                              Yang penting sporting...     


                              Macam comel jerr..


Watak kartun yang menghiburkan...


Macam lawa jerr..



                                                                 Ada berani..

                                                      Wajah-wajah ceria...


Macam turun dari kayangan belaka...


                            
  Macam-macam ada..... 



07 December 2013

AKU DAN DIA SUDAH MELEWATI USIA PENGHUJUNG 30AN...

Posted by Neeza Rvell at 6:40 AM 0 comments

07/12/2013

Salam sejahtera semua...cepat sudah masa berlalu..hanya beberapa hari saja akan mengakhiri tahun 2013. 

Bulan November 2013 baru saja berlalu. Aku masih lagi kesakitan tapi aku gagahkan juga kerana masih juga mahu menulis.Maklumlah sudah lama tidak mencoret di ruangan ini.

Kemalangan kecil yang menimpa aku dan suami pada hari Isnin yang lepas agak memberi kesan sedikit kepada kesihatanku. Tangan kanan masih belum boleh mengangkat barang. Berdiripun masih tidak mampu kerana luka di kedua2dua belah lutut. Syukurlah semuanya selamat. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan.



Bila usia makin meningkat, kalau terjatuh, agak terasa kesakitannya. Nasib baik hubby tak apa-apa. Aku yang membonceng kat belakanglah teruk sedikit. Hubby baru saja menyambut ulang tahun ke 39 pada 17/11/2013.Mmmmm... aku dan dia dah sama2 berumur. Masa mula-mula kahwin dulu, dua-dua masih muda belia.



Anak-anak pun dah besar.Kakak pun dah boleh diharap.Sekarang ni dia merangkap nurse kerana menguruskan makan minum dan rumah sejak aku ditimpa kemalangan. 


Hubby sukalah sebab masa hari jadinya semua ada. Kebetulan pulak  cuti sekolah. Masa hari tu pulak, aku sibuk dengan Pertandingan Semi Final Piala Seri Endon, petang tu pulak bergegas ambik kakak kat Hentian Putra yang baru sampai dari Kelantan. Sebelah malamnya barulah buat surprise untuk hubby yang baru balik dari kerja.


Sambutan yang simple saja. Bonda kesayangan dengan adik bongsuku pun ada bersama.Ingatan Tulus Ikhlas itu yang paling bermakna...


Aku dengan bonda kesayangan. Banyak perkara yangdibincangkan bila lama tak berjumpa. Biasalah..kisah ibu dan anak...


Aku dan anak-anak mendoakan agar abang beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat....

Semoga di usia midi ini aku dan abang sama-sama muhasabah diri untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Jumpa lagi.





 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez