24 June 2013

So happening....Family Gathering 2013

Posted by Neeza Rvell at 1:53 AM 0 comments
Salam ceria buat semua,

Cuaca kat luar amat memeritkan, jerebu yang melampau mengundang macam2 penyakit seperti sakit tekak, asma, sesak nafas, selsema. Aku dan anak2 pun tak terkecuali..asyik keluar masuk klinik aje...Anak aku yang kat Balik Pulau tu pun nampaknya tak sihat.Nasib baik adik aku ada kat sana. Dapatlah Shakir berehat dirumahnya. Kalau kat asrama, mungkin tak selesa.Doktor  bagi dia mc untuk 2 hari...oklah tu.

Kesihatan aku pun nampaknya semakin ok. Lepas operation, jaga pantang sebagaimana pesan doktor. Harap2 selepas ini makin pulih. 

Terima kasih pada mertuaku yang bersusah payah membuat majlis solat hajat di surau sebelum aku menjalani pembedahan.

                                   Terima kasih Ma dan Ayah

Tak lupa juga kepada ahli keluarga husband yang datang mengunjungiku selepas pembedahan....

Sebenarnya perancangan untuk buat family gathering telah lama dirancang iaitu sebelum aku menjalani pembedahan...dan nyaris2 cancel... semua orang risau dengan keadaan aku....TQ pada adik husband yang bongsu,  Ucu Noni kerana dia kira jadi tuan rumah kerana lokasi pilihan ialah di Melaka. Ucu Noni tinggal di Sungai Udang....

                                 Tanjung Bidara....kami datang
   
Kira menjadi jugaklah perancangan walaupun tak cukup korum. 2 family tak dapat join. Mertuaku, keluarga Kak Cik bertolak dari Kota Bharu.Aku dari KL, Kak Noriah dari Puchong dan Ucu Noni memang dah kat Melaka. Abang Mie yang tak dapat join hantar anaknya Farhana dan Fanisha sebagai wakil...Kira2 25 orang jugaklah semuanya...

Aku yang baru lepas operation ni pun berkobar2 jugak...walaupun husband aku dah warning siap2..you duduk aje ya, jangan buat apa2..sayang juga dia kat aku...


                                 Ni masa mula2 sampai...ayah tengah berehat,
             Ucu Noni dengan geng anak dara dengan proses potong ayam  



                                       Acara bakar membakar dah pun bermula


Menu set Lamb Chop, Ayam Bakar, Ikan Siakap Bakar, Jagung Bakar, Sup daging, Nasi Putih, Spageti Chicken, Buah Nanas,  Buah Tembikai, Air Sirap ....memang perfectlah....

                               Red warrior- memang meriah       

                                 Sambil makan sambil posing


                             Ini geng anak dara dan anak teruna


                      Makan tak pandang kiri kanan dah...sedap sangat tu   


                  Ini geng si cilik....pantang nampai air laut dan pasir   

                              

Sesekali meluangkan masa bersama keluarga memang seronok, maklumlah masing2 sibuk bukan senang nak berkumpul begini....aku tengok Ma dan Ayah pun happy aje menengokkan gelagat anak menantu dan cucu-cucu.


Cuaca kali memang best..rasa tak mahu balik kat chalet dan nak lepak kat pantai sampai malam....tengok anak-anak yang kecik tu semua tak mahu berganjak..kejap main air kat swimming pool..kejap main air kat pantai..makan2 lepas tu main lagi...seronok betul diaorang....

Anak teruna dan anak dara jadi life guard..tengok2kan sikecik tu semua. Geng-geng mak bapak apalagi..makan...makan..makan..tak berhenti-henti.....sekali sekala apa salahnya...he..he..

                 

Kami lepak kat pantai sampai ke senja....sampai semua dah keletihan..tak habis kat situ..sambung berkelah kat chalet pulak..makan2 sampai tengah malam...


Esok hari, sebelum check out, breakfast dulu kat cafe.Layan anak-anak kat swimming pool sekejap.

 
                             Inilah chalet tempat kami menginap


                                          Big Family
Ma, Ayah, Aku, Husband, Kak Yah dan husband (Abe Wan), Ucu Noni dan husband (Malek), Kak Cik dan husband (Lokman).Geng anak teruna, Amir, Shakir, Aiman. Geng anak dara,Farhana, Fanisha, Ira,Imah, Adila,Adeena, Aishah.Geng si cilik, Khalilah, Adam, Adib, Muaz, Yiem. 
                                      

Sekejap rasanya masa berlalu..Insya-Allah, lain kali mungkin dapat berkumpul lagi semua ahli keluarga..masa mencemburui kita semua....Thanks to all the family members...simple but enjoyable....

Sampai jumpa lagi..wassalam    










13 June 2013

Hyper Act Hanya Aku Ost 1 Teduhan Kasih 'LIRIK' | TK'aF free mp3 downloads

Posted by Neeza Rvell at 5:36 AM 0 comments
Hyper Act Hanya Aku Ost 1 Teduhan Kasih 'LIRIK' | TK'aF free mp3 downloads

11 June 2013

Berakhir sudah penderitaan

Posted by Neeza Rvell at 9:02 AM 0 comments
Hi...Salam sayang semua

Syukur alhamdulillah kerana hari ni masuk hari ke-2, Aku sudah pergi ke pejabat...hmmm mungkin ramai yang ingat aku pergi bercutikan...maklumlah kang 2 minggu yang lepas cuti sekolah...memang plannya begitu, tetapi kita merancang tetapi tuhan yang menentukan...

Sebenarnya Aku baru lepas operate buang hempedu..ngerikan bunyinya..tetapi itulah hakikatnya. Kesakitan yang ditanggung sejak 24 tahun yang tahun akhirnya telah terjawab...


                                        21/6/2013 di wad 7A, Gleneagles Hospital


Selama ni,  Aku dok sakit2 macam gastrik.Doktor pun memang sahkan gastrik.Sejak Tahun 1996 - 2003, Neeza dah 3 kali refer kat Hospital, Assunta satu kali, Ampang Puteri 2 kali.Masa tu mintak doktor refer sebab sakit macam simptom batu karang. Tetapi ketiga2 keputusan mengatakan no gallstone.....tetapi sakit yang sama masih lagi terasa.Tiap2 bulan kena attack sampailah pada tarikh 20/6/2013. Macam biasakan, pulun makan ubat gastrik...
Pagi 21/6/2013, tetiba kesakitan melampau hingga Aku tidak dapat bergerak, bangun tak boleh dan hampir pengsan dibuatnya....

Hubby terus bawa Aku ke hospital...Malam tu doktor mengesahkan melalui ujian darah....ada masalah.....dup..dup..dup..ujian selanjutnya akan terus dibuat pada pukul 7 pagi keesokkannya.....debaran menanti.....


                                             Inilah rupa masalah yang Aku hadapi   


Memang sah...ada batu karang dalam hempedu dan telah menyebabkan infection pada pankreas.....doktor cakap "chronic gallstone".

22/6/2013, tengahari terus dilakukan pembersihan pankreas sebelum operasi pembedahan dilakukan pada pagi 23/06/2013.



           Selepas pembedahan-TQ to all families,relatives & friends yang datang
                         menjenguk. Tak lupa juga yang mendoakan, call dan hantar sms.   

Kupanjantkan kesyukuran pada Ilahi, akhirnya 23/6/2013, Aku selamat menjalani pembedahan membuang hempedu. Batu karang telah memberi kesan kepada pankreas dan terpaksa dibuang kerana laser batu saja tidak akan memulihkan kesakitanku.


                                     Inilah rupa batu karang yang menghuni hempeduku



                                   TQ kepada suamiku yang setia menemani semasa di hospital


                            TQ kepada bonda tercinta yang menjagaku selepas pembedahan

                                                 

                                       TQ kepada anakku Athirah & Shakir yang pulang bercuti


Ramai yang mengambil mudah masalah batu karang ni...Di sini Aku sampaikan sedikit info yang diceritakan doktor kepada ku sebagai panduan kepada semua.

                   Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu 
1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut 
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati 
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas 
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab 
5. Badan rasa tidak bermaya 
6. Kurang selera makan 
7. Demam 
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak 

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu 
1. Kerosakan Hati & Pankreas 
2. Hepatitis B (demam kuning) 
3. Kematian 
Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu 
Pembedahan membuang pundi 

Doktor-doktor sering kali menemui ‘batu-batu senyap’ ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk ‘tunggu dan lihat’ daripada merawat. 

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan. 

Pembedahan 

* Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. 

Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari. 

* Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal. 

Bukan pembedahan 

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut: 

* Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu- 

batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil. 

* Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan. 


APA ITU HEMPEDU

Hempedu adalah cairan bersifat basa yang pahit dan berwarna hijau kekuningan, yang disekresikan oleh hepatosit hati pada sebagian besar vertebrata. Pada beberapa spesies, empedu disimpan di kantung empedu dan dilepaskan ke usus dua belas jari untuk membantu proses pencernaan.
Hempedu dihasilkan oleh hati. Garam hempedu yang dihasilkannya mencegah agregat lemak hingga memperbesar luas permukaannya. Bentuk micelles (agregat dari asam lemak,kolesterol,dan monogliresida ) yang dihasilkannya membuat lemak dapat larut dalam air. Hal ini penting dalam mempercepat proses pemecahan lemak oleh empedu membuat sekresi,ekskresidan reabsorpsi empedu menjadi bahan yang menarik untuk di bahas di dalam artikel kedokteran ini. Hati dan kantung hempedu merupakan dua bagian yang tak terpisahkan saat kita membahas tentang hempedu.
1.       Bahagian2 Hempedu
Hempedu terdiri dari :
-          Garam – garam hempedu
-          Elektrolit
-          Pigmen empedu
-          Kolesterol
-          Lemak
1.       Fungsi Hempedu
Fungsi hempedu adalah untuk membuang limbah tubuh tertentu (terutama pigmen hasil pemecahan sel darah dan kelebihan kolesterol) serta membantu penyerapan lemak.
PANKREAS

    Pankreas adalah organ pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama: menghasilkan enzim pencernaan serta beberapa hormon penting seperti insulin. Pankreas terletak pada bagian posterior perut dan berhubungan erat dengan duodenum (usus dua belas jari).
Pankreas menghasilkan getah pankreas yang mengandung enzim amilase, tripsin,dan lipase.
- Amilase berfungsi untuk menguraikan zat tepung (amilum) menjadi gula( multosa)
- Tripsin menguraikan protein menjadi asam amino.
- Lipase mengubah lemak menjadi asam lemak dan gliserol.
Pada permukaan usus halus dipenuhi jonjot – jonjot usus dan vili yang berfungsi untuk memperluas bidang penyerapan sehingga kemampuan menyerap makanan lebih besar



                                                                           

Harap-harap informasi ini akan berguna untuk kita semua..TQ to doktor Datuk Yunus, Datuk Faridah, Dr Ryan, Dr Jason, Dr Sentiago dan Dr Tang.

Sampai Jumpa Lagi.....
 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez