20 January 2014

Drive To Krabi, Thailand - Part 1

Posted by Neeza Rvell at 8:06 AM
20/01/2014


Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi berpeluang menempuh Tahun Baru 2014. Seperti tahun-tahun yang sudah pasti ada azam yang ingin disemat walaupun mungkin sehingga hujung tahun masih belum dapat ditunaikan.

Penutup tirai untuk Tahun 2013 menyingkap memori yang manis untuk diingati. Manakan tidak perancangan dari awal tahun hampir2 tidak menjadi angkara hal-hal yang tidak diduga. Itulah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang tetapi semuanya bergantung kepada kehendak yang Maha Esa.

Aku dan adikku No. 2 bercadang untuk menikmati keindahan Pulau yang disebut-sebut orang iaitu Pulau Krabi dalam sekitar cuti sekolah akhir tahun. Bincang punya bincang, akhirnya keputusan dibuat.Memandangkan adik beradik lain sibuk dengan hal masing-masing maka hanya keluarga aku dan adikku Na sajalah yang confirm pergi.

Yang menariknya ialah trip kali ini  konvo dengan 2  buah kereta. Suami pun bersetuju untuk menyahut cabaran. Perjalanan yang jauh dari Penang - Krabi - Hat Yai - Songkhla - Penang. 2 malam di Krabi dan 1 malam di Hat Yai.

Persiapan telah dibuat.Kedua-dua hotel, di Krabi dan Hat Yai telah dibooking melalui online beberapa bulan sebelumnya. Perjalanan akan bermula pada 26/12/2013 - 29/12/2013.

Aku dan suami sengaja tidak memberitahu anak-anak tentang rancangan ini. Cuma aku beritahu kalau keputusan peperiksaan akhir tahun cemerlang, ada surprise menanti.

Tiba-tiba pada 22/12/2013, berita menggemparkan hampir memusnahkan perancangan kami. Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.


Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.

Aku bergegas menelefon adikku yang tinggal di Penang. Masing-masing berbelah bagi. Berita pulak mengatakan ramai rakyat Malaysia berpatah balik takut kejadian yang tidak diingini berlaku.

Inilah rupa hotel Oliver yang kena bom tu.Memang menakutkan.




Bincang punya bincang, dan bertanya khabar keadaan di sana, akhirnya kami bersepakat untuk meneruskan jugak dengan apa yang telah dirancangkan. Kali ini bukan dengan 2 kereta tetapi bertambah menjadi 3 buah kereta. Kawan adikku pun ingin turut serta. Kami melakukan Solat Hajat supaya perjalanan kami selamat pergi dan balik.

Jumlah kami yang pergi semuanya seramai 19 orang.

 1)  3 pasang suami isteri  (Aku dan Suami, Na dan Suami, Siti dan Suami)
 2)  1 orang  warga emas (Ibuku)
 3)  1 orang budak berusia 5 tahun (Anakku yang bongsu)
 4)  6 remaja lelaki (Anak aku, anak Na dan anak Siti)
 5)  5 remaja perempuan (Anak aku dan anak Na)

Pagi 26/12/2013, kami bertolak seawal jam 7.30 pagi. Pastikan minyak diisi penuh kerana minyak di Thailand 2 kali lebih mahal dari minyak di Malaysia.

Ini dia 3 buah kenderaan yang telah merealisasikan impian Kembara kami  ke Krabi.


Sila pastikan wang ditukar kepada bath siap-siap sebab kalau tukar kat sana lagi mahal. 


Kalau bab tukar menukar duit ni serah kat aku.Aku akan pastikan semuanya beres sebelum perjalanan bermula. Yang pasti aku akan search kat internet tentang semua hal sebagai langkah berjaga-jaga. Memandangkan kesemua kami tidak ada pengalaman ke Krabi tambahan pula tidak ada pemandu pelancong semuanya perlu diberi perhatian. 

GPS dan translator adalah guru yang paling tepat.

Sampai di Changlun, kami terus membuat insuran kereta Thai. Kat sini terus buat boarder pas terus supaya tak jadi masalah bila sampai di Imigresen Sadao. Jangan lupa bawa geran kereta Original. Kosnya cuma RM15 sahaja.


                                                    Ini dia rupa Insuran kereta Thai


Sampai di Sempadan Bukit Kayu Hitam. Kami melaluinya tanpa sebarang masalah.


Oh Ya, jangan lupa, dalam pasport tu, bersama-sama dengan boarder pas to, selitkan duit RM1 masa pergi dan balik. No komen ya. Kalu tak bagi berjanggutlah tunggu kat situ. Itu masa bagi kat Imigresen Thai. Jangan bagi kat yang Malaysia pulak, nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Kita akan lalui Imigresen Malaysia dulu lepas tu baru Imigresen Thai.

Itu memang pengalaman baru.Memang berguna ada teknologi internet.Banyak info yang diperolehi yang memang banyak membantu bagi yang mahu travel bersendirian seperti kami.

Cuaca amat baik berserta keadaan jalan yang rata dan tiada bengkang bengkok. Sudah pasti tiada tol seperti di KL.Kami melalui Pattalung dan Trang di mana jalannya tidak sibuk dan hanya sedikit kenderaan di laluan. Agak sukar untuk berjumpa dengan kenderaan kecil seperti di negara kita. Yang ada kebanyakannya 4 wheel drive.

Di sepanjang jalan adalah perkampungan siam. Agak sukar untuk berjumpa masjid disepanjang perjalanan ini. Kami berhenti makan tengahari dalam pukul 2 petang.

                                                 Kat sini sup dagingnya memang best..
                                                                 



                                   Sempat beli rojak siam untuk bekalan diperjalanan


Kami meneruskan perjalanan. Speed lebih kurang 100km/jam  - 140km/jam. Lebih kurang pukul 5 petang, kami berhenti di sebuah stesen minyak dan menunaikan solat jamak dan qasar. 

Pertama kali bersembahyang berbumbungkan langit memandangkan  di sekitar kawasan ini sukar untuk berjumpa masjid. 

                                                              Syukur alhamdulillah..


Waktu sudah senja, lebih kurang pukul 7.30  kami akhir sampai ke hotel Tharapak yang lokasinya berada lebih kurang 30 minit dari Krabi Town.





Masing sudah keletihan, keseluruhan perjalanan  dari Butterworth ke Krabi Town adalah lebih kurang 12 jam. Kesian driver masing-masing sudah keletihan.

Kita jumpa nanti di episod seterusnya......

0 comments:

 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez