02 June 2011

aKU Rindu UMi

Posted by Neeza Rvell at 8:42 AM 1 comments
Semalam aku menziarahi kawanku, Raziah bersama teman2 pejabat....Ibunya telah meninggal dunia. Aku kagum dengan ketabahan kawanku yang seorang ni...kecekalannya menghadapi situasi ini....tanpa menunjukkan kepiluan dan kesedihannya di hadapan kami.....Dia bersama2 dengan ibunya  sehingga saat2 ibunya menghembuskan nafas terakhir...


Aku tiba2 teringat ibuku, Umi....apa khabar Umi di saat ini... teringat aku sewaktu kecilku bersama Umi...aku selalu menemankan Umi menjahit sampai lewat malam....Umi berkongsi kisah suka dan duka hanya dengan aku  kerana pada masa itu..hanya aku yg faham perasaan Umi...adik2ku masih kecil ketika itu....


Memori manis itu sentiasa terpahat dan aku tidak dapat bayangkan andai suatu hari nanti aku terpaksa merelakan Umi pergi....pasti aku sudah tidak ada tempat untuk mencurah rasa sedih dan gembira....memang betul kata orang...seorang suami dan seorang ibu memang tidak akan sama....walau macammana faham pun hati  seorang suami...aku masih tetap mencari Umi...


Aku doakan Umi sentiasa dirahmati Allah s.w.t, dunia dan akhirat...... 

23 May 2011

KETENTUAN ILAHI

Posted by Neeza Rvell at 6:50 AM 1 comments
Semoga Allah mencucuri rahmat di atas roh anak2 yatim Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh.

Mereka semua  kebanyakannya sebaya anak Neeza. Sungguh pilu sekali....mereka menumpang kasih dan mencari ilmu diteratak itu dengan harapan yang menggunung supaya menjadi bekalan di masa depan...ternyata Allah lebih mengasihi mereka.....

Terima kasih kepada mereka yang membantu...semoga akan ada sinar baru untuk mereka bangkit meniti jalan-jalan kehidupan yang menanti.....

21 May 2011

corat coret kehidupan....

Posted by Neeza Rvell at 7:44 AM 0 comments
Hmmm...lama betul Neeza tak menulis...terlalu sibuk dengan kehidupan harian...tambahan pulak anak sulung nak periksa...walaupun baru darjah 6...maknya yang pening kepala sebab anak nak periksa UPSR....anak cool aje.....minggu ini agak tenang...setenang air di kali.....order barang untuk client pun dengan relaks tak de terkocoh2...walaupun .ada berita menyedihkan...Neeza kehilangan atuk saudara yang meninggal dunia di kg halaman kami di Kota Bharu.Moga Allah memcucuri  rahmat ke atas roh Tok Su Jid...

Neeza juga gembira kerana kali ini berjaya membantu seorang adik berusia 30 tahun, ibu tunggal dengan 3 anak. Kesian muda2 dah jatuh bankrupt..bukan kerana kehendaknya tapi kerana kerana dia membantu kakaknya membuat pinjaman perumahan menggunakan namanya. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.Kakaknya mengalamai sakit buah pinggang kronik sehingga tidak berdaya untuk bergerak apatah lagi untuk bekerja. Kesannya rumahnya telah dilelong dan baki pinjamannya tidak dapat dilangsaikan. Dia dan kakaknya diisytiharkan bankrupt. Semua akaun banknya telah dibekukan dan dia diberhentikan kerja. Dia mendapat ihsan dari kakaknya yang lain untuk menyara kehidupannya bersama 3 anak. Neeza telah membantunya dengan sedaya upaya supaya dirinya bebas dari dicajkan bankrupt...Alhamdullilah...berhasil dan itulah saat yang paling gembira dalam hidup Neeza.. iwalaupun dia berlainan agama dan bangsa, itu bukan penghalang untuk kita membantu sesama insan.

Hidup ini ibarat roda...ada kala kita akan berada di atas dan  akan ada waktunya kita akan berada di bawah...... 

22 January 2011

TAHUN 2011 YANG MENGUJAKAN

Posted by Neeza Rvell at 2:15 AM 1 comments
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat Tahun Baru 2011 pada semua....

Azam tahun baru...mmmm...seperti lazimnya memang ada...harap2 semuanya menjadi...kehidupan adalah laluan kehidupan yang penuh misteri....kita patut teroka dan ambil peluang yang ada...  dalam masa 22 hari ni pun sudah banyak benda yang berlaku.....Neeza pasti itu adalah satu permulaan kepada perjalanan yang seterusnya....

Kepala semakin lapang....begitu sedih kalau membaca berita baik di tv atau paper,,,,tentang cerita2 yang menyayat hati dan dirundung malang.....itu semua pengajaran dan iktibar kepada kita yang mendengar cerita sedih mereka...

Jangan persiakan masa dan kesempatan yang ada. Besok belum tentu menjadi milik kita...Lakukan apa yang anda mahu lakukan hari ini juga....Jangan mengharapkan bahawa esok masih ada..

Andaikan bahawa esok tidak akakn wujud dan anda harus lakukan hari ini juga....

Selamat datang 2011....
 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez