07 December 2013

AKU DAN DIA SUDAH MELEWATI USIA PENGHUJUNG 30AN...

Posted by Neeza Rvell at 6:40 AM

07/12/2013

Salam sejahtera semua...cepat sudah masa berlalu..hanya beberapa hari saja akan mengakhiri tahun 2013. 

Bulan November 2013 baru saja berlalu. Aku masih lagi kesakitan tapi aku gagahkan juga kerana masih juga mahu menulis.Maklumlah sudah lama tidak mencoret di ruangan ini.

Kemalangan kecil yang menimpa aku dan suami pada hari Isnin yang lepas agak memberi kesan sedikit kepada kesihatanku. Tangan kanan masih belum boleh mengangkat barang. Berdiripun masih tidak mampu kerana luka di kedua2dua belah lutut. Syukurlah semuanya selamat. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan.



Bila usia makin meningkat, kalau terjatuh, agak terasa kesakitannya. Nasib baik hubby tak apa-apa. Aku yang membonceng kat belakanglah teruk sedikit. Hubby baru saja menyambut ulang tahun ke 39 pada 17/11/2013.Mmmmm... aku dan dia dah sama2 berumur. Masa mula-mula kahwin dulu, dua-dua masih muda belia.



Anak-anak pun dah besar.Kakak pun dah boleh diharap.Sekarang ni dia merangkap nurse kerana menguruskan makan minum dan rumah sejak aku ditimpa kemalangan. 


Hubby sukalah sebab masa hari jadinya semua ada. Kebetulan pulak  cuti sekolah. Masa hari tu pulak, aku sibuk dengan Pertandingan Semi Final Piala Seri Endon, petang tu pulak bergegas ambik kakak kat Hentian Putra yang baru sampai dari Kelantan. Sebelah malamnya barulah buat surprise untuk hubby yang baru balik dari kerja.


Sambutan yang simple saja. Bonda kesayangan dengan adik bongsuku pun ada bersama.Ingatan Tulus Ikhlas itu yang paling bermakna...


Aku dengan bonda kesayangan. Banyak perkara yangdibincangkan bila lama tak berjumpa. Biasalah..kisah ibu dan anak...


Aku dan anak-anak mendoakan agar abang beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat....

Semoga di usia midi ini aku dan abang sama-sama muhasabah diri untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Jumpa lagi.





0 comments:

 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez