10th October 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Cepat sungguh masa berlalu.Hari ini sudah masuk hari ke sepuluh bulan October 2013 bersamaan 4 Dzulhijjah. Itu juga bermakna umurku juga sudah mencecah 39 tahun 3 bulan 17 hari.Macam tak percaya....
Aku
baru saja kehilangan seorang sahabat, satu sekolah, tapi berlainan
kelas kerana telah pergi meninggalkan alam fana ini untuk menemui Tuhan
Yang Esa. Al Fatihah untuk arwah sahabatku, Azlita. Sesungguhnya sebagai
manusia kita tidak ada kuasa untuk menentukan hidup dan mati kita...itu
semua rahsia Allah s.w.t.
Aku
memanjatkan kesyukuran kerana masih menikmati alam indah ciptaan Ilahi.
Sepanjang tahun ini banyak kejadian-kejadian di sekeliling telah
mematangkan fikiranku dan membuatkan aku bertafakur sejenak.
Terima
kasih Sang Suami dan Anak-anak yang mengisi ruang hidupku. Merekalah
cinta hatiku. Walaupun ulangtahunku cuma disambut bertiga saja
memandangkan kakak dan shakir berada di asrama, aku baik-baik saja
kerana itulah satu dari fasa kehidupan yang harus ditempuh dan aku akur
dengan perjalanan yang ditentukan oleh Tuhan dan tidak pernah bersedih.
Biasalah
kalau tiba hari ulangtahun....akan ada kad, hadiah, candle light dinner
dari hubby..yang biasa-biasa saja dan sudah pasti call dan wish happy
birthday dari kakak dan shakir.....sebenarnya rutin-rutin ni dah aku
pupuk sejak dari muda, sampai kahwin dan ada anak. Dapatlah juga
menambah eratkan hubungan kekeluargaan.
Eeeh..dapat
juga surprise present dari Ucu and Kek dari Ucu....Thanks
Ucu...sementara dia bujang ni..besok dia dah kahwin...tentu dah tak de
masa dah nak beli present-present ni...mesti lepas ni dapat wish
aje..oklah jugak tu...ada jugak orang nak wish...
Terima kasih juga pada bos dan team members kat office. Inilah team members yang sporting. Senang bagi kerjasama pasal kerja.
Walaupun usiaku bakal mencecah usia "midi" tahun depan, aku akan pastikan hati aku akan sentiasa muda belia....
Ini the real team members yang backup kerja aku semasa cuti, atau mc atau time emergency. Thanks a lot.
Aku
pernah mendengar orang berkata apabila usia semakin meningkat, fikiran
akan menjadi matang...tetapi pada pendapat aku fikiran yang matang bukan
bergantung pada usia sebab aku melihat ada juga sesetengah orang yang
makin teruk dan tak keruan perangainya apabila umur semakin meningkat.
Bak kata orang tak sedar "kubur kata mari" "rumah kata pergi".
Ilmu
duniawi dan akhirat perlu seimbang, walau seusia mana pun kita jika
tahu menimbangkan semua perkara dengan fikiran yang waras dan rasional.,
soal umur bukan lagi harus dipersoalkan.
Usia hanyalah penambahan satu angka!!!!!!!!!
Selamat malam semua....