21 May 2011

corat coret kehidupan....

Posted by Neeza Rvell at 7:44 AM
Hmmm...lama betul Neeza tak menulis...terlalu sibuk dengan kehidupan harian...tambahan pulak anak sulung nak periksa...walaupun baru darjah 6...maknya yang pening kepala sebab anak nak periksa UPSR....anak cool aje.....minggu ini agak tenang...setenang air di kali.....order barang untuk client pun dengan relaks tak de terkocoh2...walaupun .ada berita menyedihkan...Neeza kehilangan atuk saudara yang meninggal dunia di kg halaman kami di Kota Bharu.Moga Allah memcucuri  rahmat ke atas roh Tok Su Jid...

Neeza juga gembira kerana kali ini berjaya membantu seorang adik berusia 30 tahun, ibu tunggal dengan 3 anak. Kesian muda2 dah jatuh bankrupt..bukan kerana kehendaknya tapi kerana kerana dia membantu kakaknya membuat pinjaman perumahan menggunakan namanya. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.Kakaknya mengalamai sakit buah pinggang kronik sehingga tidak berdaya untuk bergerak apatah lagi untuk bekerja. Kesannya rumahnya telah dilelong dan baki pinjamannya tidak dapat dilangsaikan. Dia dan kakaknya diisytiharkan bankrupt. Semua akaun banknya telah dibekukan dan dia diberhentikan kerja. Dia mendapat ihsan dari kakaknya yang lain untuk menyara kehidupannya bersama 3 anak. Neeza telah membantunya dengan sedaya upaya supaya dirinya bebas dari dicajkan bankrupt...Alhamdullilah...berhasil dan itulah saat yang paling gembira dalam hidup Neeza.. iwalaupun dia berlainan agama dan bangsa, itu bukan penghalang untuk kita membantu sesama insan.

Hidup ini ibarat roda...ada kala kita akan berada di atas dan  akan ada waktunya kita akan berada di bawah...... 

0 comments:

 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez