25 January 2014

Drive to Krabi, Thailand - Part 2

Posted by Neeza Rvell at 10:14 PM 0 comments
26/1/2014


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Perjalanan yang panjang pada 26/12/2013 cukup mengujakan. Sampai di hotel, masing-masing bergegas mempersiapkan diri kerana tidak sabar untuk menikmati makan malam.Terbayang-bayang tomyam Thai yang pasti menyelerakan.

Lebih kurang pukul 9.00 malam, kami ke Krabi Town untuk menjamu selera.Wow, suasana malam yang pasti menyegarkan mata yang letih.Begitu bercahaya pekannya dek lampu yang berwarna warni. Tidak hairanlah memang ramai betul pelancong yang berkunjung terutamanya pelancong dari Eropah.

Posing sekejap



Cakap aje nak makan apa.Macam-macam ada kat sini. Rambang mata untuk buat pilihan. Kami memilih untuk makan di Restoran Lemon.Memang best.

Dah jumpa pun restoran  makanan  halal

Bergambar kenangan

Masing-masing sudah tak sabar untuk makan.Maklumlah perut sudah berkeroncong minta diisi.


                                    Air Kelapa kat sini memang murah.


                                                        Gelagat si bongsu, Yiem


                            Bondaku, Umi sedang menikmati air kelapa 




                       2 heroku tak habis-habis dengan gadget



                                               
                                           Tok Mi dan Cucu 


                                                  
                                                Comelnye dia




                                                         Anak dara pingitan


                                      
                                                            Big Family 



                                                                 Dating ya...adindaku


Masing-masing sudah kekenyangan.Mulanya nak round pekan krabi sekejap.Memandangkan masing-masing dah mengantuk, kami terus pulang ke hotel. Tak mengapa esok masih ada masa lagi.

Keesokkannya, 27/12/2013 adalah kemuncak kepada tour kami ini. Kami memilih untuk ke Phi Phi Island yang mana merupakan salah satu lokasi popular di mana penggambaran filem the Beach yang dilakonkan oleh pelakon Leonardo Di Caprio dilakukan.

Pagi-pagi selepas sarapan kami menunggu driver yang akan membawa kami ke Krabi Island.Semua sudah tidak sabar.
Tepat pukul 8 pagi, kenderaan kami pun sampai.Wah..pengalaman pertama naik tut-tut yg ala-ala macam bas ni. Terkenang pulak masa aku Form 6, pergi sekolah naik trak askar atau lebih dikenali dengan "feri sekolah".Masa tu arwah pak cik aku, askar kat Kem Desa Pahlawan. Naik trak askar cuma tambang RM15 ringgit berbanding naik bas sekolah tambangnya RM30.


Inilah dia Tut - Tut


Happy faces


Tut-tut ni boleh memuatkan lebih kurang 30 orang



Panorama di waktu pagi

Kami menuju ke Pantai Nopparat Thara di Ao Nang, Krabi Town. Laju jugak tut-tut ni. Maklumlah naik bas ala-ala lori ni memang menyeronokkan. Rakyat Thai memang kreatif dalam segala hal. Karabi mempunyai dua musim, musim panas (November - April) dan musim hujan  (Mei  - Oktober). Jadi kepada yang ingin ke sini, rancanglah cuti anda sebaiknya. Kami memilih December kerana cuacanya yang cerah serta berkebetulan pula dengan cuti sekolah.

Suasana dalam tut-tut

Menikmati angin yang sepoi2 bahasa



Pemandangan dari atas tut-tut




Tidak susah untuk mencari makanan halal di Krabi kerana Krabi adalah perkampungan muslim.Dari warung-warung kecil, restoran seafood dan restoran fast food bersepah-sepah.Pilih saja mana yang berkenan. Yang penting ada "fulus" . Makanannya jauh lebih murah dari Pulau Puket.

Terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderahati untuk dibawa pulang.Penat berjalan boleh singgah di coffee shop. Bagi yang suka untuk massage terdapat deretan kedai di sepanjang pantai menawarkan bayaran yang cukup murah iaitu sekitar RM20/jam. 


Sudah sampai di pantai

Untuk tour pakej ke pulau di sekitar Krabi.Kita boleh memilih bermacam-macam pakej yang ada.Kami menempah pakej ini dari hotel.Anda boleh juga memilih untuk pergi ke agen-agen di sekitar pekan Krabi ini. Kami memilih untuk menempah dari hotel saja memandangkan harganya lebih kurang sama. Kami memilih tour Phi Phi Island. Kos untuk dewasa ialah RM130 seorang, kanak-kanak berusia  6 - 12 tahun separuh harga dan bawah 6 tahun percuma.

Pakej merangkumi tour ke :-
1) Bamboo Island untuk melihat keindahan pulau.
2) Snorkeling di Hin Pae  dan Monkey Bay.
3) Makan Tengahari di Pulau Phi Phi Don.
4) Melihat keindahan lagoon di Pi Leh Bay.
5) Melihat keindahan gua Viking Cave.
6) May Bay untuk melihat keindahan pulau di mana lokasi 
    penggambaran film the Beach lakonan Leanardo di Caprio. 

Untuk ke pulau ada dua pilihan, iaitu menaiki speed boat atau longtail boat (perahu).Memandangkan untuk keselamatan dan ramai di antara kami tidak tahu berenang, speed boat adalah pilihan yang paling tepat.


                                                 Berjalan menuju ke bot 


                                        
                            Ini dia rupa longtail boat dengan speed boat


Walaupun berjalan jauh semuanya tetap happy

Nampak macam padang jarak padang tekukur


Macam Pesta



Akhirnya sampai ke destinasi pertama - Bamboo Island


Rasa macam gi berbulan madu pulak


 Bersama bonda tercinta



 Dua teruna hensem


father and son 


 posing jangan tak posing




                                    Kehijauan air laut yang mendamaikan

Beautiful beach


Kenangan manis 

Gelagat Yiem yang tak henti-henti bermain pasir

Memang cantik pemandangan pantai di Bamboo Island ini. Tak puas menikmati panorama persekitarannya dalam masa 1 jam ini. Selepas ini kami akan dibawa untuk melakukan aktiviti snorkeling di tengah lautan.
Nantikan di episod seterusnya...

Bye..bye..


20 January 2014

Drive To Krabi, Thailand - Part 1

Posted by Neeza Rvell at 8:06 AM 0 comments
20/01/2014


Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi berpeluang menempuh Tahun Baru 2014. Seperti tahun-tahun yang sudah pasti ada azam yang ingin disemat walaupun mungkin sehingga hujung tahun masih belum dapat ditunaikan.

Penutup tirai untuk Tahun 2013 menyingkap memori yang manis untuk diingati. Manakan tidak perancangan dari awal tahun hampir2 tidak menjadi angkara hal-hal yang tidak diduga. Itulah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang tetapi semuanya bergantung kepada kehendak yang Maha Esa.

Aku dan adikku No. 2 bercadang untuk menikmati keindahan Pulau yang disebut-sebut orang iaitu Pulau Krabi dalam sekitar cuti sekolah akhir tahun. Bincang punya bincang, akhirnya keputusan dibuat.Memandangkan adik beradik lain sibuk dengan hal masing-masing maka hanya keluarga aku dan adikku Na sajalah yang confirm pergi.

Yang menariknya ialah trip kali ini  konvo dengan 2  buah kereta. Suami pun bersetuju untuk menyahut cabaran. Perjalanan yang jauh dari Penang - Krabi - Hat Yai - Songkhla - Penang. 2 malam di Krabi dan 1 malam di Hat Yai.

Persiapan telah dibuat.Kedua-dua hotel, di Krabi dan Hat Yai telah dibooking melalui online beberapa bulan sebelumnya. Perjalanan akan bermula pada 26/12/2013 - 29/12/2013.

Aku dan suami sengaja tidak memberitahu anak-anak tentang rancangan ini. Cuma aku beritahu kalau keputusan peperiksaan akhir tahun cemerlang, ada surprise menanti.

Tiba-tiba pada 22/12/2013, berita menggemparkan hampir memusnahkan perancangan kami. Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.


Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.

Aku bergegas menelefon adikku yang tinggal di Penang. Masing-masing berbelah bagi. Berita pulak mengatakan ramai rakyat Malaysia berpatah balik takut kejadian yang tidak diingini berlaku.

Inilah rupa hotel Oliver yang kena bom tu.Memang menakutkan.




Bincang punya bincang, dan bertanya khabar keadaan di sana, akhirnya kami bersepakat untuk meneruskan jugak dengan apa yang telah dirancangkan. Kali ini bukan dengan 2 kereta tetapi bertambah menjadi 3 buah kereta. Kawan adikku pun ingin turut serta. Kami melakukan Solat Hajat supaya perjalanan kami selamat pergi dan balik.

Jumlah kami yang pergi semuanya seramai 19 orang.

 1)  3 pasang suami isteri  (Aku dan Suami, Na dan Suami, Siti dan Suami)
 2)  1 orang  warga emas (Ibuku)
 3)  1 orang budak berusia 5 tahun (Anakku yang bongsu)
 4)  6 remaja lelaki (Anak aku, anak Na dan anak Siti)
 5)  5 remaja perempuan (Anak aku dan anak Na)

Pagi 26/12/2013, kami bertolak seawal jam 7.30 pagi. Pastikan minyak diisi penuh kerana minyak di Thailand 2 kali lebih mahal dari minyak di Malaysia.

Ini dia 3 buah kenderaan yang telah merealisasikan impian Kembara kami  ke Krabi.


Sila pastikan wang ditukar kepada bath siap-siap sebab kalau tukar kat sana lagi mahal. 


Kalau bab tukar menukar duit ni serah kat aku.Aku akan pastikan semuanya beres sebelum perjalanan bermula. Yang pasti aku akan search kat internet tentang semua hal sebagai langkah berjaga-jaga. Memandangkan kesemua kami tidak ada pengalaman ke Krabi tambahan pula tidak ada pemandu pelancong semuanya perlu diberi perhatian. 

GPS dan translator adalah guru yang paling tepat.

Sampai di Changlun, kami terus membuat insuran kereta Thai. Kat sini terus buat boarder pas terus supaya tak jadi masalah bila sampai di Imigresen Sadao. Jangan lupa bawa geran kereta Original. Kosnya cuma RM15 sahaja.


                                                    Ini dia rupa Insuran kereta Thai


Sampai di Sempadan Bukit Kayu Hitam. Kami melaluinya tanpa sebarang masalah.


Oh Ya, jangan lupa, dalam pasport tu, bersama-sama dengan boarder pas to, selitkan duit RM1 masa pergi dan balik. No komen ya. Kalu tak bagi berjanggutlah tunggu kat situ. Itu masa bagi kat Imigresen Thai. Jangan bagi kat yang Malaysia pulak, nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Kita akan lalui Imigresen Malaysia dulu lepas tu baru Imigresen Thai.

Itu memang pengalaman baru.Memang berguna ada teknologi internet.Banyak info yang diperolehi yang memang banyak membantu bagi yang mahu travel bersendirian seperti kami.

Cuaca amat baik berserta keadaan jalan yang rata dan tiada bengkang bengkok. Sudah pasti tiada tol seperti di KL.Kami melalui Pattalung dan Trang di mana jalannya tidak sibuk dan hanya sedikit kenderaan di laluan. Agak sukar untuk berjumpa dengan kenderaan kecil seperti di negara kita. Yang ada kebanyakannya 4 wheel drive.

Di sepanjang jalan adalah perkampungan siam. Agak sukar untuk berjumpa masjid disepanjang perjalanan ini. Kami berhenti makan tengahari dalam pukul 2 petang.

                                                 Kat sini sup dagingnya memang best..
                                                                 



                                   Sempat beli rojak siam untuk bekalan diperjalanan


Kami meneruskan perjalanan. Speed lebih kurang 100km/jam  - 140km/jam. Lebih kurang pukul 5 petang, kami berhenti di sebuah stesen minyak dan menunaikan solat jamak dan qasar. 

Pertama kali bersembahyang berbumbungkan langit memandangkan  di sekitar kawasan ini sukar untuk berjumpa masjid. 

                                                              Syukur alhamdulillah..


Waktu sudah senja, lebih kurang pukul 7.30  kami akhir sampai ke hotel Tharapak yang lokasinya berada lebih kurang 30 minit dari Krabi Town.





Masing sudah keletihan, keseluruhan perjalanan  dari Butterworth ke Krabi Town adalah lebih kurang 12 jam. Kesian driver masing-masing sudah keletihan.

Kita jumpa nanti di episod seterusnya......
 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez