Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Perjalanan yang panjang pada 26/12/2013 cukup mengujakan. Sampai di hotel, masing-masing bergegas mempersiapkan diri kerana tidak sabar untuk menikmati makan malam.Terbayang-bayang tomyam Thai yang pasti menyelerakan.
Lebih kurang pukul 9.00 malam, kami ke Krabi Town untuk menjamu selera.Wow, suasana malam yang pasti menyegarkan mata yang letih.Begitu bercahaya pekannya dek lampu yang berwarna warni. Tidak hairanlah memang ramai betul pelancong yang berkunjung terutamanya pelancong dari Eropah.
Posing sekejap
Cakap aje nak makan apa.Macam-macam ada kat sini. Rambang mata untuk buat pilihan. Kami memilih untuk makan di Restoran Lemon.Memang best.
Dah jumpa pun restoran makanan halal
Bergambar kenangan
Masing-masing sudah tak sabar untuk makan.Maklumlah perut sudah berkeroncong minta diisi.
Gelagat si bongsu, Yiem
Bondaku, Umi sedang menikmati air kelapa
2 heroku tak habis-habis dengan gadget
Tok Mi dan Cucu
Comelnye dia
Anak dara pingitan
Big Family
Dating ya...adindaku
Masing-masing sudah kekenyangan.Mulanya nak round pekan krabi sekejap.Memandangkan masing-masing dah mengantuk, kami terus pulang ke hotel. Tak mengapa esok masih ada masa lagi.
Keesokkannya, 27/12/2013 adalah kemuncak kepada tour kami ini. Kami memilih untuk ke Phi Phi Island yang mana merupakan salah satu lokasi popular di mana penggambaran filem the Beach yang dilakonkan oleh pelakon Leonardo Di Caprio dilakukan.
Pagi-pagi selepas sarapan kami menunggu driver yang akan membawa kami ke Krabi Island.Semua sudah tidak sabar.
Tepat pukul 8 pagi, kenderaan kami pun sampai.Wah..pengalaman pertama naik tut-tut yg ala-ala macam bas ni. Terkenang pulak masa aku Form 6, pergi sekolah naik trak askar atau lebih dikenali dengan "feri sekolah".Masa tu arwah pak cik aku, askar kat Kem Desa Pahlawan. Naik trak askar cuma tambang RM15 ringgit berbanding naik bas sekolah tambangnya RM30.
Inilah dia Tut - Tut
Happy faces
Tut-tut ni boleh memuatkan lebih kurang 30 orang
Panorama di waktu pagi
Kami menuju ke Pantai Nopparat Thara di Ao Nang, Krabi Town. Laju jugak tut-tut ni. Maklumlah naik bas ala-ala lori ni memang menyeronokkan. Rakyat Thai memang kreatif dalam segala hal. Karabi mempunyai dua musim, musim panas (November - April) dan musim hujan (Mei - Oktober). Jadi kepada yang ingin ke sini, rancanglah cuti anda sebaiknya. Kami memilih December kerana cuacanya yang cerah serta berkebetulan pula dengan cuti sekolah.
Suasana dalam tut-tut
Menikmati angin yang sepoi2 bahasa
Pemandangan dari atas tut-tut
Tidak susah untuk mencari makanan halal di Krabi kerana Krabi adalah perkampungan muslim.Dari warung-warung kecil, restoran seafood dan restoran fast food bersepah-sepah.Pilih saja mana yang berkenan. Yang penting ada "fulus" . Makanannya jauh lebih murah dari Pulau Puket.
Terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderahati untuk dibawa pulang.Penat berjalan boleh singgah di coffee shop. Bagi yang suka untuk massage terdapat deretan kedai di sepanjang pantai menawarkan bayaran yang cukup murah iaitu sekitar RM20/jam.
Sudah sampai di pantai
Untuk tour pakej ke pulau di sekitar Krabi.Kita boleh memilih bermacam-macam pakej yang ada.Kami menempah pakej ini dari hotel.Anda boleh juga memilih untuk pergi ke agen-agen di sekitar pekan Krabi ini. Kami memilih untuk menempah dari hotel saja memandangkan harganya lebih kurang sama. Kami memilih tour Phi Phi Island. Kos untuk dewasa ialah RM130 seorang, kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun separuh harga dan bawah 6 tahun percuma.
Pakej merangkumi tour ke :-
1) Bamboo Island untuk melihat keindahan pulau.
2) Snorkeling di Hin Pae dan Monkey Bay.
3) Makan Tengahari di Pulau Phi Phi Don.
4) Melihat keindahan lagoon di Pi Leh Bay.
5) Melihat keindahan gua Viking Cave.
6) May Bay untuk melihat keindahan pulau di mana lokasi
penggambaran film the Beach lakonan Leanardo di Caprio.
Untuk ke pulau ada dua pilihan, iaitu menaiki speed boat atau longtail boat (perahu).Memandangkan untuk keselamatan dan ramai di antara kami tidak tahu berenang, speed boat adalah pilihan yang paling tepat.
Berjalan menuju ke bot
Ini dia rupa longtail boat dengan speed boat
Walaupun berjalan jauh semuanya tetap happy
Nampak macam padang jarak padang tekukur
Macam Pesta
Akhirnya sampai ke destinasi pertama - Bamboo Island
Rasa macam gi berbulan madu pulak
Bersama bonda tercinta
Dua teruna hensem
father and son
posing jangan tak posing
Kehijauan air laut yang mendamaikan
Beautiful beach
Kenangan manis
Memang cantik pemandangan pantai di Bamboo Island ini. Tak puas menikmati panorama persekitarannya dalam masa 1 jam ini. Selepas ini kami akan dibawa untuk melakukan aktiviti snorkeling di tengah lautan.
Nantikan di episod seterusnya...
Bye..bye..