10 December 2013

THE NIGHT OF FAIRY TALES

Posted by Neeza Rvell at 1:39 AM 0 comments

10/12/2013


Bertemu kembali di ruangan penaku ini. Masih lagi bercuti sakit membuatkan aku sedikit tidak keruan.Walaupun masih sakit tapi terasa lagi sakit dibuatnya kalau tidak ada aktiviti untuk dilakukan.

Banyak cerita yang ingin dikongsi tapi tangan masih lagi sakit dan kebas-kebas.Tapi kalau menaip masih dikira ok berbanding mengangkat barang-barang berat. Cuma sekejap-kejap terasa lenguh.

Tahun ni majikan aku meraikan ulangtahun ke 100. Hebatkan bunyinya. Staff di raikan dengan berbagai-bagai acara.Baguslah begitu.Tapi yang pastinya...bonus untuk tahun ni sudah pasti tidak sekencang tahun-tahun yang lepas kerana sudah banyak budget dikeluarkan.

Aku dan teman-teman sekerja di pejabat juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai RHB Dinner 2013 yang di adakan di  Palace of the Golden Horses pada 24/11/2013.

Bertemakan " THE NIGHT OF FAIRY TALES", kami semuapun melaramlahseadanya.Maklumlah bukan senang nak mencecah 100 tahun ni.Rugi pulak kalau ditolak undangan yang free ini.



Dah penat berkerja, inilah masanya nak bergembira pula. kalau asyik bekerja saje pun bosan jugak jadinya. Sekali sekala bergembira dengan teman-teman sepejabat dengan kostium masing-masing memang menyeronokkan.

                         Ini dia witch yang vogue...



                              Yang penting sporting...     


                              Macam comel jerr..


Watak kartun yang menghiburkan...


Macam lawa jerr..



                                                                 Ada berani..

                                                      Wajah-wajah ceria...


Macam turun dari kayangan belaka...


                            
  Macam-macam ada..... 



07 December 2013

AKU DAN DIA SUDAH MELEWATI USIA PENGHUJUNG 30AN...

Posted by Neeza Rvell at 6:40 AM 0 comments

07/12/2013

Salam sejahtera semua...cepat sudah masa berlalu..hanya beberapa hari saja akan mengakhiri tahun 2013. 

Bulan November 2013 baru saja berlalu. Aku masih lagi kesakitan tapi aku gagahkan juga kerana masih juga mahu menulis.Maklumlah sudah lama tidak mencoret di ruangan ini.

Kemalangan kecil yang menimpa aku dan suami pada hari Isnin yang lepas agak memberi kesan sedikit kepada kesihatanku. Tangan kanan masih belum boleh mengangkat barang. Berdiripun masih tidak mampu kerana luka di kedua2dua belah lutut. Syukurlah semuanya selamat. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan.



Bila usia makin meningkat, kalau terjatuh, agak terasa kesakitannya. Nasib baik hubby tak apa-apa. Aku yang membonceng kat belakanglah teruk sedikit. Hubby baru saja menyambut ulang tahun ke 39 pada 17/11/2013.Mmmmm... aku dan dia dah sama2 berumur. Masa mula-mula kahwin dulu, dua-dua masih muda belia.



Anak-anak pun dah besar.Kakak pun dah boleh diharap.Sekarang ni dia merangkap nurse kerana menguruskan makan minum dan rumah sejak aku ditimpa kemalangan. 


Hubby sukalah sebab masa hari jadinya semua ada. Kebetulan pulak  cuti sekolah. Masa hari tu pulak, aku sibuk dengan Pertandingan Semi Final Piala Seri Endon, petang tu pulak bergegas ambik kakak kat Hentian Putra yang baru sampai dari Kelantan. Sebelah malamnya barulah buat surprise untuk hubby yang baru balik dari kerja.


Sambutan yang simple saja. Bonda kesayangan dengan adik bongsuku pun ada bersama.Ingatan Tulus Ikhlas itu yang paling bermakna...


Aku dengan bonda kesayangan. Banyak perkara yangdibincangkan bila lama tak berjumpa. Biasalah..kisah ibu dan anak...


Aku dan anak-anak mendoakan agar abang beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat....

Semoga di usia midi ini aku dan abang sama-sama muhasabah diri untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Jumpa lagi.





09 October 2013

Apa ada pada angka?

Posted by Neeza Rvell at 9:57 AM 0 comments

10th October 2013



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Cepat sungguh masa berlalu.Hari ini sudah masuk hari ke sepuluh bulan October 2013 bersamaan 4 Dzulhijjah. Itu juga bermakna umurku juga sudah mencecah 39 tahun 3 bulan 17 hari.Macam tak percaya....

Aku baru saja kehilangan seorang sahabat, satu sekolah, tapi berlainan kelas kerana telah pergi meninggalkan alam fana ini untuk menemui Tuhan Yang Esa. Al Fatihah untuk arwah sahabatku, Azlita. Sesungguhnya sebagai manusia kita tidak ada kuasa untuk menentukan hidup dan mati kita...itu semua rahsia Allah s.w.t.

Aku memanjatkan kesyukuran kerana masih menikmati alam indah ciptaan Ilahi. Sepanjang tahun ini banyak kejadian-kejadian di sekeliling telah mematangkan fikiranku dan membuatkan aku bertafakur sejenak.


Terima kasih Sang Suami dan Anak-anak yang mengisi ruang hidupku. Merekalah cinta hatiku. Walaupun ulangtahunku cuma disambut bertiga saja memandangkan kakak dan shakir berada di asrama, aku baik-baik  saja kerana itulah satu dari fasa kehidupan yang harus ditempuh dan aku akur dengan perjalanan yang ditentukan oleh Tuhan dan tidak pernah bersedih.


Biasalah kalau tiba hari ulangtahun....akan ada kad, hadiah, candle light dinner dari hubby..yang biasa-biasa saja dan sudah pasti call dan wish happy birthday dari kakak dan shakir.....sebenarnya rutin-rutin ni dah aku pupuk sejak dari muda, sampai kahwin dan ada anak. Dapatlah juga menambah eratkan hubungan kekeluargaan.





Eeeh..dapat juga surprise present dari Ucu and Kek dari Ucu....Thanks Ucu...sementara dia bujang ni..besok dia dah kahwin...tentu dah tak de masa dah nak beli present-present ni...mesti lepas ni dapat wish aje..oklah jugak tu...ada jugak orang nak wish...



Terima kasih juga pada bos dan team members kat office. Inilah team members yang sporting. Senang bagi kerjasama pasal kerja.




Walaupun usiaku bakal mencecah usia "midi" tahun depan, aku akan pastikan hati aku akan sentiasa muda belia....




Ini the real team members yang  backup kerja aku semasa cuti, atau mc atau time emergency. Thanks a lot.


Aku pernah mendengar orang berkata apabila usia semakin meningkat, fikiran akan menjadi matang...tetapi pada pendapat aku fikiran yang matang bukan bergantung pada usia sebab aku  melihat ada juga sesetengah orang yang makin teruk dan tak keruan perangainya apabila umur semakin meningkat. Bak kata orang tak sedar "kubur kata mari" "rumah kata pergi".

Ilmu duniawi dan akhirat perlu seimbang, walau seusia mana  pun kita  jika tahu menimbangkan semua perkara dengan fikiran yang waras dan rasional., soal umur bukan lagi harus dipersoalkan.
Usia hanyalah penambahan satu angka!!!!!!!!!

Selamat malam semua....

06 September 2013

Selamat Hari Kemerdekaan

Posted by Neeza Rvell at 7:30 AM 0 comments
4th September 2013

Salam sejahtera semua dan masih belum terlambat untuk mengulangi ucapan selamat hari kemerdekaan buat semua rakyat malaysia....

Seperti tahun2 sebelumnya, 31hb Ogos ...akan menjadi salah satu aktiviti dalam kalendar tahunan aku dan family..Bezanya kali 2 orang anakku belajar di asrama dan sudah pasti hanya tinggal aku, suami dan sikecil Yiem sajalah... Tiba2 Shakir,anakku yang No. 2 dapat cuti satu minggu sebelum Hari Merdeka kerana ada program motivasi untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.

Nampaknya kali ini suasana akan jadi meriah jugaklah walau kakak tak dapat bersama....Kakak pun dapat cuti jugak cuma tak dapat balik ke KL..Kakak dapat juga pergi mandi manda kat Jeram dengan Cik Ya, Ayah Ja , Tok Mi dan Raqqin.

Ramai yang menganggap bangun pagi di Hari Merdeka adalah sesuatu yang "membuang masa". Ramai yang masih tak faham tentang erti kemerdekaan. Cubalah pandang dengan satu pandangan positif dan minda yang terbuka...

Bukan sesak pun jalan nak ke Dataran Merdeka tu..Kang bagus ajar anak bangun pagi-pagi dan breakfast bersama dengan ahli keluarga...Jangan tensionkan diri..Aku nak bagi tips supaya bangun pagi di Hari Merdeka dan sama2 ke Dataran Merdeka adalah  sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkan..

Janganlah pergi naik kereta..naiklah public transport...barulah tak tension. Tak   perlu bangun pagi2 sangat..lepas subuh,kami naik komuter Kg Batu, itu memang dekat dari rumah. Pkl 8.00 pagi baru naik train. 15 minit dah sampai kat Bank Negara. Exercise lah sikit....kami berjalan kaki ke Jalan Raja Laut. 

                        Gelagat Yiem kat dlm train....sempat tido kejap 


Aku ingat aku dengan family aku aje yang beriya nak gi ke Dataran Merdeka. Rupa2nya..ramai..dah macam acara family day pulak....aku rasa mereka semua mempunyai fikiran yang luas terbuka macam aku....

                 jeng..jeng, ucu pun join kami, first time..she so excited     


Tak perlu bersesak2 ke pentas utama kat Dataran Merdeka..sepanjang Jalan Raja Laut ada screen besar...perarakan melalui sepanjang Jalan Raja Laut...kenalah bijak cari tempat duduk supaya yang ada bawak anak kecil macam aku akan selesa dan tak meragam....

                               Sementara menunggu perarakan

                                  Dengan hubby yang sporting

                                           

                        Cuma kakak saja yang tak ada...We LOVE U kakak...

                                    
Memang jelas sangat..siap boleh pegang lagi
geng2 perarakan...punyalah dekat

Memang berwarna warni...antara gambar yang
sempat di edit...terlalu banyak sangat gambar yang di rakam

geng pakaian beruniform

Segak dan bergaya

Yiem seronok dapat naik kereta kebal

macam kat Muzium Perang

Posing jangan tak posing

Yiem bukan main seronok didukung abah

Smile.....

ucu pun nak posing jugak



Wira Negara



Aku gembira menjadi rakyat Malaysia...lihatlah betapa amannya Negara ini, aku bebas bekerja, anak-anak ku bebas belajar dan bermain...lihatlah para pejuang negara ini...perarakan kereta kebal dan perang bukannya untuk tontonan semata-mata..bayangkanlah dalam kereta tu hanya seorang saja bersiap sedia di atasnya untuk mempertahankan musuh..bayangkanlah kalau meraka itu darah daging kita atau mereka yang kita sayang...terkorban hanya untuk mempertahankan negara dan rakyat iaitu kita sekalian....

Tapi itupun masih ramai yang tidak mahu mengerti  dan pura-pura tidak mengerti tentang erti merdeka yang sebenarnya....terpulanglah..

Aku berharap jiwaku, jiwa suamiku, dan jiwa anak-anakku merdeka dari memiliki hati yang kusut....

Selamat Hari Merdeka....

24 June 2013

So happening....Family Gathering 2013

Posted by Neeza Rvell at 1:53 AM 0 comments
Salam ceria buat semua,

Cuaca kat luar amat memeritkan, jerebu yang melampau mengundang macam2 penyakit seperti sakit tekak, asma, sesak nafas, selsema. Aku dan anak2 pun tak terkecuali..asyik keluar masuk klinik aje...Anak aku yang kat Balik Pulau tu pun nampaknya tak sihat.Nasib baik adik aku ada kat sana. Dapatlah Shakir berehat dirumahnya. Kalau kat asrama, mungkin tak selesa.Doktor  bagi dia mc untuk 2 hari...oklah tu.

Kesihatan aku pun nampaknya semakin ok. Lepas operation, jaga pantang sebagaimana pesan doktor. Harap2 selepas ini makin pulih. 

Terima kasih pada mertuaku yang bersusah payah membuat majlis solat hajat di surau sebelum aku menjalani pembedahan.

                                   Terima kasih Ma dan Ayah

Tak lupa juga kepada ahli keluarga husband yang datang mengunjungiku selepas pembedahan....

Sebenarnya perancangan untuk buat family gathering telah lama dirancang iaitu sebelum aku menjalani pembedahan...dan nyaris2 cancel... semua orang risau dengan keadaan aku....TQ pada adik husband yang bongsu,  Ucu Noni kerana dia kira jadi tuan rumah kerana lokasi pilihan ialah di Melaka. Ucu Noni tinggal di Sungai Udang....

                                 Tanjung Bidara....kami datang
   
Kira menjadi jugaklah perancangan walaupun tak cukup korum. 2 family tak dapat join. Mertuaku, keluarga Kak Cik bertolak dari Kota Bharu.Aku dari KL, Kak Noriah dari Puchong dan Ucu Noni memang dah kat Melaka. Abang Mie yang tak dapat join hantar anaknya Farhana dan Fanisha sebagai wakil...Kira2 25 orang jugaklah semuanya...

Aku yang baru lepas operation ni pun berkobar2 jugak...walaupun husband aku dah warning siap2..you duduk aje ya, jangan buat apa2..sayang juga dia kat aku...


                                 Ni masa mula2 sampai...ayah tengah berehat,
             Ucu Noni dengan geng anak dara dengan proses potong ayam  



                                       Acara bakar membakar dah pun bermula


Menu set Lamb Chop, Ayam Bakar, Ikan Siakap Bakar, Jagung Bakar, Sup daging, Nasi Putih, Spageti Chicken, Buah Nanas,  Buah Tembikai, Air Sirap ....memang perfectlah....

                               Red warrior- memang meriah       

                                 Sambil makan sambil posing


                             Ini geng anak dara dan anak teruna


                      Makan tak pandang kiri kanan dah...sedap sangat tu   


                  Ini geng si cilik....pantang nampai air laut dan pasir   

                              

Sesekali meluangkan masa bersama keluarga memang seronok, maklumlah masing2 sibuk bukan senang nak berkumpul begini....aku tengok Ma dan Ayah pun happy aje menengokkan gelagat anak menantu dan cucu-cucu.


Cuaca kali memang best..rasa tak mahu balik kat chalet dan nak lepak kat pantai sampai malam....tengok anak-anak yang kecik tu semua tak mahu berganjak..kejap main air kat swimming pool..kejap main air kat pantai..makan2 lepas tu main lagi...seronok betul diaorang....

Anak teruna dan anak dara jadi life guard..tengok2kan sikecik tu semua. Geng-geng mak bapak apalagi..makan...makan..makan..tak berhenti-henti.....sekali sekala apa salahnya...he..he..

                 

Kami lepak kat pantai sampai ke senja....sampai semua dah keletihan..tak habis kat situ..sambung berkelah kat chalet pulak..makan2 sampai tengah malam...


Esok hari, sebelum check out, breakfast dulu kat cafe.Layan anak-anak kat swimming pool sekejap.

 
                             Inilah chalet tempat kami menginap


                                          Big Family
Ma, Ayah, Aku, Husband, Kak Yah dan husband (Abe Wan), Ucu Noni dan husband (Malek), Kak Cik dan husband (Lokman).Geng anak teruna, Amir, Shakir, Aiman. Geng anak dara,Farhana, Fanisha, Ira,Imah, Adila,Adeena, Aishah.Geng si cilik, Khalilah, Adam, Adib, Muaz, Yiem. 
                                      

Sekejap rasanya masa berlalu..Insya-Allah, lain kali mungkin dapat berkumpul lagi semua ahli keluarga..masa mencemburui kita semua....Thanks to all the family members...simple but enjoyable....

Sampai jumpa lagi..wassalam    










 

neeza blog Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez