4th September 2013
Salam sejahtera semua dan masih belum terlambat untuk mengulangi ucapan selamat hari kemerdekaan buat semua rakyat malaysia....
Seperti tahun2 sebelumnya, 31hb Ogos ...akan menjadi salah satu aktiviti dalam kalendar tahunan aku dan family..Bezanya kali 2 orang anakku belajar di asrama dan sudah pasti hanya tinggal aku, suami dan sikecil Yiem sajalah... Tiba2 Shakir,anakku yang No. 2 dapat cuti satu minggu sebelum Hari Merdeka kerana ada program motivasi untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.
Nampaknya kali ini suasana akan jadi meriah jugaklah walau kakak tak dapat bersama....Kakak pun dapat cuti jugak cuma tak dapat balik ke KL..Kakak dapat juga pergi mandi manda kat Jeram dengan Cik Ya, Ayah Ja , Tok Mi dan Raqqin.
Ramai yang menganggap bangun pagi di Hari Merdeka adalah sesuatu yang "membuang masa". Ramai yang masih tak faham tentang erti kemerdekaan. Cubalah pandang dengan satu pandangan positif dan minda yang terbuka...
Bukan sesak pun jalan nak ke Dataran Merdeka tu..Kang bagus ajar anak bangun pagi-pagi dan breakfast bersama dengan ahli keluarga...Jangan tensionkan diri..Aku nak bagi tips supaya bangun pagi di Hari Merdeka dan sama2 ke Dataran Merdeka adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkan..
Janganlah pergi naik kereta..naiklah public transport...barulah tak tension. Tak perlu bangun pagi2 sangat..lepas subuh,kami naik komuter Kg Batu, itu memang dekat dari rumah. Pkl 8.00 pagi baru naik train. 15 minit dah sampai kat Bank Negara. Exercise lah sikit....kami berjalan kaki ke Jalan Raja Laut.
Gelagat Yiem kat dlm train....sempat tido kejap
Aku ingat aku dengan family aku aje yang beriya nak gi ke Dataran Merdeka. Rupa2nya..ramai..dah macam acara family day pulak....aku rasa mereka semua mempunyai fikiran yang luas terbuka macam aku....
jeng..jeng, ucu pun join kami, first time..she so excited
Tak perlu bersesak2 ke pentas utama kat Dataran Merdeka..sepanjang Jalan Raja Laut ada screen besar...perarakan melalui sepanjang Jalan Raja Laut...kenalah bijak cari tempat duduk supaya yang ada bawak anak kecil macam aku akan selesa dan tak meragam....
Sementara menunggu perarakan
Dengan hubby yang sporting
Cuma kakak saja yang tak ada...We LOVE U kakak...
Memang jelas sangat..siap boleh pegang lagi
geng2 perarakan...punyalah dekat
Memang berwarna warni...antara gambar yang
sempat di edit...terlalu banyak sangat gambar yang di rakam
geng pakaian beruniform
Segak dan bergaya
Yiem seronok dapat naik kereta kebal
macam kat Muzium Perang
Posing jangan tak posing
Yiem bukan main seronok didukung abah
Smile.....
ucu pun nak posing jugak
Wira Negara
Aku gembira menjadi rakyat Malaysia...lihatlah betapa amannya Negara ini, aku bebas bekerja, anak-anak ku bebas belajar dan bermain...lihatlah para pejuang negara ini...perarakan kereta kebal dan perang bukannya untuk tontonan semata-mata..bayangkanlah dalam kereta tu hanya seorang saja bersiap sedia di atasnya untuk mempertahankan musuh..bayangkanlah kalau meraka itu darah daging kita atau mereka yang kita sayang...terkorban hanya untuk mempertahankan negara dan rakyat iaitu kita sekalian....
Tapi itupun masih ramai yang tidak mahu mengerti dan pura-pura tidak mengerti tentang erti merdeka yang sebenarnya....terpulanglah..
Aku berharap jiwaku, jiwa suamiku, dan jiwa anak-anakku merdeka dari memiliki hati yang kusut....
Selamat Hari Merdeka....